Ujian Di Awal Sem...

Tanggal 9 July yang lalu menyaksikan pertumpahan darah tercetus di lab Manufacturing..Yang peliknya aku sorang ja yang mengalami pendarahan..hihi..orang lain suma selamat..hurmm..sebenarnya aku dh injured coz tangan terkena tool milling machine..aku terima 26 jahitan jenis 'jelujur sama panjang'..hehe..tgkla kat tenet..aku men hentam ja..tapi Alhamdullilah..Allah masih bagi aku pluang guna jari aku nih lagi..ni gambar selepas dibalut n dijahit..credit to Mus'ab coz guna anset dia..anset aku manala nak ada camera..huhu..

Ikatan-Ikatan Asas Memancing

Didalam hobi ni, diantara perkara asas yang perlu dan wajib diketahui adalah mengenai ikatan-ikatan asas memancing. Disini aku dapatkan beberapa contoh ikatan-ikatan yang lazimnya digunakan oleh kaki2 pancing..


Dropper_Loop

Ikatan wajip aku gunakan ketika memancing, ini kerana drooper loop ni dapat menyediakan ikatan yang boleh menjarakkan hook dengan main line pada setiap masa. Ini terjadi kerana buku ikatan yang diwujudkan di kiri kanan ikatan ni. selain itu aku juga gunakan ikan ni untuk kaedah flooting kerana ia juga boleh menjarakkan pelampung dan mata pancing. Kelemahannya pula, ada juga jenis tali yang boleh dan tidak boleh untuk ikatan ni disedikan. Pada ketika line yang tidak sesuai digunakan ia akan sedikit menggerinting disekitar ikatan atau line yang terlalu licin akan menyebabkan ikatan tergelincir atau terlucut.

Droper loop Ilustration



Blood_Bight Knot1

Ikatan ini selalunya digunakan untuk menyediakan loop untuk sambungan swivel atau Hook berlubang. ini kerana ia mudah, cepat dan swivel yang disambung boleh dibuka semula dengan mudah. Kadang kala aku juga gunakan untuk sambungan batu ladung ke perambut. Tetapi kelemahannya sedikit kurang kemas untuk pancingan ikan yang biasa diasak pemancing kerana perambut akan sedikit berserabut.



Clinch_Knot

Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.


Midknot

Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Ini kerana ketiga sessi pancingan untuk teknik ni, tali sepatutnya boleh keluar tanpa sekatan. Sekiranya sambungan menggunakan swivel, leader sepanjang 2 atau 3 depa tidak dapat diaplikasikan.Kelemahannya pula ikatan sedikit rumit dan lambat untuk disediakan.


Improved-Trilene-Knot & Improved Clinch Knots

Ikatan untuk swivel yang kemas dan lebih kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.


improved clinch knot

Hangmans-Knot

Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.




GT Knot

Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Selain ikatan Midknot seperti yang diterangkan seperti diatas ikatan ni boleh juga digunakan. Ini kerana ia mudah sedikit dari ikatan Midknot dan cepat disediakan. kelemahanyanya pula ada sedikit buku ikatan ditinggalkan dan ia boleh menganggu jarak balingan maksimum.




Blood Knot

Untuk ikatan yang cepat dan pantas untuk menyambungkan 2 line. tetapi dirasakan tidak sesuai untuk sambungan braided kerana selain halus, braided juga licin untuk dpatkan grip ikatan yang baik.
Sebaiknya kita memahirkan ikatan, kerana sekiranya kita terkial-kial mengikat atau menyediakan perambut ketika bot sedang berolak boleh menyebabkan kita mabuk laut!!..padan muka.. :P

Memancing Di Pulau Jerejak

Tau tak Pulau Jerejak?? Ha..kalo nak tau pulau jerejak nih kalo ampa suma naik Penang brigde dari arah Tanah Besar, pulau nih duk blah kiri jambatanla..tul2 depan shopping complex Queensbay..around 1km dari daratla..maybe lebih kot..huhu..

Kali nih aku nak cita pasal pengalaman aku mancing kat Pulau Jerejak nih..best memang tersangatlah best..pe taknya kalo ikan leh dapat sampai satu kotak..seumur idup aku sebagai seorang pemancing 'pro' pun xpenah dapat sebanyak tuh..

Kami ber6 pagi tuh bertolak dalam kul 8 pagi dari jeti Seagate Penang ke Pulau Jerejak dengan menaiki bot yang disewa oleh Abang Bakry (technician company intern aku)..bot tuh die ikut kepala..kalo mengadap ke darat (queensbay mall) sorang RM10 tapi kalo mengadap ke laut sorang jatuh dalam RM13 camtuhla..Tekong anta kul 8 am then kul 6 pm baru dia datang amik..


Kali nih aku guna kekili baru aku Banax 4000sx, 3ball bearing and anodized body for use in salt water..memang best..almaklumlah yang paling mahal penah ku beli even xla mahal sangat pun..hehe..barang2 lain bese jela..rod suma standard jela..aku bawa 2 rod and 2 kekili (mesin) je..tapi aku tengok geng2 abang technician tuh memang sempoi2la diorgnyer rod and kekili..tahap ikan jaws pun leh dapat tuh..xpa..orang cakap permulaan...

sekadar gambar hiasan.. :P

Sehari aku duk situ memang xterasa..di bawah rimbunan pokok2..duk atas batu2 je..tapi port kami memang best..sampai2 ja..2 orang pegi cari umpun2 bakau..2 orang jaga barang takut monyet rembat..pastu 2 orang lagi g menjala umpan idup(ikan and udang)..

Ikan yang aku berjaya mancing banyak gak..gelama..bawal cermin..duri..sembilang..and lain2 yang aku pun xtau nama ikan tuh..upenye kalo mancing kat laut nih xyah baling jauh2..dekat ja dah cukup..sekali ikan tarik memang bestla..almaklumlah..1st time g pulau..excited gile ahh.. :)

bawal cermin (actually badan dia bintik..ni ala2la..)


sembilang


duri


gelama

Post kali nih sampi disini je..next time nak pegi lagi kat situ..sape nak join gtau r..xdelah sunyi sangat g ramai2..jap2 de pantun nih..

pulau jerejak jauh ketengah,
gunung daik bercabang tiga,
actually xla jauh sangat,
baru naik sampaila kita..hehe..

Orang kampung panggil Arowana..Orang bandar panggil Kelisa

Salam..nilah post pertama aku dalam blog nih..kat sini aku nak cita skit pasal ikan Kelisa atau orang kadang2 panggil ikan Arowana.Ikan Kelisa atau Arowana juga dikenali sebagai "Dragon fish" Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

La ni aku xmau cita panjang2 dah..aku just nak tunjuk jenis2 ikan kelisa yang ada di dunia ni..

Crossback - Golden Arowana

Green Base Super Red

Green Arowana

King Arowana Violet Fusion 3

King Superred Arowana

Red - Splendour - Crossback

RTG - Show-Grade

Super Red

Chilli Red

King Super Red - High Back

Cmna?? Mesti teringin gila nak bela sekor..kalo ampa nak tau abang sedara aku ada kolam Arowana kat Bukit Merah. Nama company tuh Azam Aquarium Trading..Banyakla ikan tu kat sana..baru2 ni pun aku pegi sebab nak g tengok diorg harvest anak2 ikan kelisa..kolam memang banyakla..kalo lalu tepi highway U/S nampak pagar zink wana merah tuh ha diela tuh..kalo rasa2 nak g tengok pegila..xkena duit pun..tapi kalo nak melabur ni senarai harga yang perlu dilabur..tarak tipu2 punya..bukan MLM ok..ni betui2 punya..tanya orang situ pun lepa tau:
Banjar Red: RM54K
High Back Arowana: RM 150K
Malaysia Golden: RM XXX.XX..aku pun xtau (sembang sama tokei diala)

Hah..ada video aku pegi rituh...credit to Abang Mad..tapi gambo 'cantik' skitla..


Aku kat umah pun bela gak ikan nih..tapi Banjar Red jela..Teringin gak nak bela Chilli Red..tapi anak panjang 10cm pun dah seribu..huhu..tgu jelah..de rezki dela rizkee..Next time aku tunjuk gambo ikan aku plak..Arios..

About Me

My photo
aku suka..fishing..ikan..beli baju suar n kasut..men bola..futsal..tennis..cameraku..laptopku..kereta personaku..cuti-cuti malaysia...InsyaAllah aku akan update blog nih bila rasa nak update..hehe.. =P
There was an error in this gadget

Followers